Tempat tinggal
Pada masa dahulu, kebanyakan orang Iban adalah tinggal di rumah panjang yang terdiri daripada kayu belian dan pelbagai jenis kayu yang lain. Menurut Nickyson Nyambar (2019), reka bentuk rumah panjang yang menempatkan beberapa keluarga dalam satu struktur binaan telah mewujudkan rasa kebersamaan dan perpaduan di kalangan masyarakat Iban.
Rajah 4: Berita menjelaskan struktur rumah panjang melambangkan perpaduan dalam masyarakat Iban
b) Rumah panjang moden
Walau bagaimanapun, perkembangan zaman dan pengaruh pemodenan telah membawa perubahan kepada ciri-ciri rumah panjang tradisional masyarakat Iban malah kini terdapat juga kebanyakan masyarakat Iban tinggal di kawasan bandar di Sarawak. Ini kerana bandar menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya mereka boleh mencari rezeki (Thet Hein Tun et al., 2019). Misalnya, rumah panjang kini sudah moden dengan menggunakan tiang simen. Dindingnya pula dibina dengan menggunakan konkrit dan lantainya berjubin. Setiap rumah panjang mempunyai ketua rumah yang dipanggil sebagai "Tuai Rumah". Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pembangunan mampan rumah panjang serta menjaga dan mengawal kesejahteraan anak buahnya di dalam rumah panjang (M. Rezaul Islam et al., 2020).
Bagus!
ReplyDelete