Masyarakat Iban menyambut perayaan Gawai. Perayaan Gawai disambut sebagai menandakan berakhirnya musim menuai padi dan untuk menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada "Sempulang Gana" iaitu dewa padi atau tanah kerana memberi mereka rezeki yang melimpah dan mengharapkan rezeki bertambah pada musim menanam padi yang akan datang. Pada masa itu, masyarakat Iban akan berkumpul di serambi umum rumah panjang untuk meraikan perayaan tersebut.
Rajah 10: Pakaian tradisional kaum Iban
Sumber: Unit Media & Inovasi Pendidikan. (2010).
Mereka akan berpakaian tradisional masyarakat Iban sambil menikmati pelbagai makanan tradisional yang disediakan seperti ayam pansuh dan midin belacan. Bukan itu sahaja, terdapat minuman beralkohol yang dikenali sebagai “tuak” juga disediakan semasa perayaan Hari Gawai. Menurut masyarakat Iban, "tuak" dikenali sebagai "ai pengayu" yang melambangkan panjang umur (Nur Ain Otsman, 2022). Pada masa yang sama, persembahan lain seperti persembahan tarian Ngajat, persembahan muzik tradisional, pertandingan ratu cantik dan nyanyian puisi rakyat akan dipersembahkan semasa sambutan Hari Gawai. Jadi, tidak dapat dinafikan walaupun mereka hidup dalam era modenisasi ini, Hari Gawai masih kekal sebagai perayaan tradisional utama yang disambut oleh masyarakat Iban.
Rajah 11: Air tuak (Koleksi persendirian)
Rajah 12: Ayam pansoh
Sumber: Utusan Sarawak. (2020).
Rajah 13: Berita tentang air tuak menjadi minuman wajib pada Hari Gawai
Comments
Post a Comment