Pantang larang kaum Iban
Pantang larang adat kelahiran
Masyarakat Iban amat menitikberatkan pantang larang semasa mengandung dan selepas bersalin. Ini adalah untuk melindungi kesihatan ibu dan bayi (Chemaline Anak Osup, 2017). Namun, larangan semasa hamil bukan sahaja terpakai kepada wanita hamil, malah suami juga dikenakan larangan tersebut.
i) Lelaki dan isterinya tidak dibenarkan makan apa-apa dari dalam kelambu kerana ini boleh bermakna anak mereka akan terperangkap di dalam rahim semasa dilahirkan.
ii) Bukan itu sahaja, mereka juga dilarang membawa batu di belakang supaya anak-anak mereka tidak dilahirkan cacat.
iii) Sewaktu mengandung, ibu dilarang membunuh binatang, menggali parit dan menghujam pokok pisang. Hal ini penting untuk memastikan kesempurnaan fizikal bayi yang dilahirkan dan mengelakkan daripada roh ghaib lain mengganggu bayi.
iv) Pokok yang tumbuh di atas tanah juga dilarang ditebang oleh wanita hamil kerana bimbang ia akan menyebabkan pendarahan berterusan semasa bersalin.
v) Wanita hamil dilarang menuang minyak pada tapak tangan dan menggosok rambut mereka untuk mengelakkan nanah daripada bayi dalam kandungannya.
Comments
Post a Comment