Adat Ngayau

                                         

                       
                         Rajah 14: Adat Ngayau                                      
                                                                                                     Sumber: Aina Musa. (2023). 

                     Video 5: Tradisi Ngayau
                                                                                                          Sumber: Eka RT. (2022). 

a) Sejarah adat Ngayau

                 Adat Ngayau ialah satu amalan memburu kepala yang diamalkan oleh masyarakat Iban khususnya lelaki Iban sejak zaman dahulu. Mereka akan mengumpul kepala pahlawan mereka yang kalah sebagai piala dan membawa pulang kepala tersebut dan mengikatnya di tiang. Menurut Noria Tugang & Gregory Kiyai (2021) seorang lelaki Iban perlu terlebih dahulu menyerahkan kepala musuhnya kepada bakal isterinya sebelum berkahwin untuk membuktikan keberanian dan kegagahannya. Bukan itu sahaja, keupayaan untuk memiliki berbilang kepala musuh adalah penting bagi seseorang untuk menduduki kedudukan penting dalam struktur sosial mereka seperti ketua atau kedudukan sosial yang lebih tinggi. Namun menurut pandangan Rosmah Derak et al. (2020) pula, masyarakat Iban mengamalkan adat ini adalah untuk menyenangkan Tuhan mereka kerana mereka mengamalkan kepercayaan animisme pada masa itu. Mereka percaya bahawa dengan membawa "ganjaran" peperangan mereka akan memperoleh kekayaan dan kemakmuran. Jelaslah bahawa adat Ngayau memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan sosial masyarakat Iban dan menyenangkan Tuhan bagi mendapat kekayaan dan kemakmuran pada masa dahulu.

b) Cerita rakyat tentang adat Ngayau
i) Pengaruh daripada ibu dan nenek moyang
              Cerita rakyat tentang adat Ngayau boleh dilihat dari segi pengaruh ibu atau nenek moyang terhadap masyarakat Iban. Sejak kecil, ibu atau nenek mereka mengajar mereka terutamanya lelaki Iban untuk membalas dendam terhadap musuh mereka dengan membunuh mereka yang membunuh ahli keluarga mereka. Bagi memupuk semangat dan keberanian anak-anak yang masih kecil, orang tua sering menyanyi dan menceritakan kisah mitos dewa perang yang selalu berjaya membawa pulang kepala musuhnya. Lain daripada itu, gadis-gadis juga menggalakkan lelaki Iban bujang pergi memburu dan membawa balik kepala musuh untuk menunjukkan keberanian mereka supaya gadis-gadis itu boleh mengahwini mereka dengan yakin. Menurut Noria Tugang et al. (2022), pemuda yang mendapat kepala musuh akan menjadi kebanggaan keluarganya dan dianugerahkan gelaran "Bujang Berani" serta disanjung tinggi oleh masyarakat Iban. 


c) Faktor  adat Ngayau tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini
            Faktor adat Ngayau tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini adalah kerana adat ini telah dihentikan semasa zaman pemerintahan Rajah Brooke. Hal ini berbuat demikian kerana Rajah Brooke mengganggap bahawa amalan ini sebagai satu tindakan memberontak terhadap kerajaannya (Suffian Mansor, 2023). Ini turut disokong oleh responden Pak Kadak dan beliau berkata bahawa sesiapa yang menyebut atau mengeluarkan perkataan Ngayau pada masa itu  akan dijatuhkan hukuman. Impaknya, mereka terpaksa menyembunyikan kepala musuh dan menghentikan amalan ini untuk mengelak daripada ditangkap dan dijatuhkan hukuman. 
         Selain daripada itu, faktor lain ialah pegangan agama yang dianuti oleh masyarakat Iban. Menurut responden Pak Kadak, beliau mengatakan bahawa kebanyakan masyarakat Iban kini memeluk agama Kristian dan menyebabkan mereka meninggalkan adat ini. Maksud lain, mereka kini hanya menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam atau Kristian yang lebih sesuai dengan fitrah manusia. 
                 Lain daripada itu, adat ini juga telah melanggar Seksyen 299 yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) seperti yang ditetapkan di bawah,



Seksyen ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan yang boleh menyebabkan kematian adalah pembunuhan. Pada masa yang sama, kanun ini pula memperuntukkan bahawa perbuatan membunuh orang boleh dihukum mati seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 302,


Seksyen ini menjelaskan bahawa sesiapa yang membunuh orang akan diseksa sehingga mati. Jadi, boleh dikatakan bahawa masyarakat Iban kini tidak mengamalkan adat Ngayau kerana adat ini bertentangan dengan ajaran Kristian dan Islam serta undang-undang negara.  

d) Kesan pengharaman adat Ngayau terhadap masyarakat kini
                 Kesan adat Ngayau telah diharamkan terhadap generasi muda ialah menyebabkan mereka kehilangan peluang mempelajari dan memahami adat ini secara mendalam dan mereka terpaksa mendapatkan maklumat tentang adat ini melalui cerita rakyat atau keterangan lisan daripada orang tua. 
                Sebaliknya, responden Mak Manja juga mengatakan bahawa pengharaman adat ini dapat menjamin keharmonian dan ketenteraman kehidupan masyarakat kini. Ini kerana adat ini dianggap kejam dan jahat serta boleh membawa kepada kematian.

e) Cara untuk memelihara dan mempertahankan adat Ngayau
           Bagi memelihara dan mempertahankan adat Ngayau daripada dilupakan oleh generasi muda, kalangan masyarakat boleh melibatkan diri secara aktif dalam bengkel mengenai sejarah adat Ngayau untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan jelas tentang adat Ngayau tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperoleh perlu dikritik semula bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah sahih dan benar sebelum dikongsikan kepada generasi muda melalui media sosial. Hal ini penting supaya generasi muda berpeluang untuk memahami sejarah adat Ngayau yang merupakan salah satu daripada warisan tradisi masyarakat Iban.  

Comments

Popular Posts