Adat miring


   
                      Video 6: Adat miring masyarakat Iban di Sarawak
                                                                                                   Sumber: ML Studios. (2021).

Rajah 15: Laman web cerita Borneo tentang upacara miring sebagai suatu persembahan doa kepada Tuhan semasa Hari Gawai Dayak
                                                                                Sumber: Nazihah An. (2023).

a) Sejarah adat miring

           Menurut kepercayaan orang tua Iban, adat miring ialah upacara mempersembahkan kepada Tuhan atau Petara untuk memohon berkat dan mendapat perlindungan daripada ancaman. Upacara miring ini diadakan untuk melindungi dan memberkati masyarakat Iban serta membawa mereka keharmonian, kebahagiaan dan keamanan. Menurut responden Mak Manja, adat ini adalah diturunkan dari “Petara” iaitu Tuhan. Nasi putih, nasi pulut putih, nasi pulut hitam, penganan iri, telur rebus, rokok apung, sirih dan pinang, tembakau, garam, sagun, minyak masak dan “letup” iaitu bertih padi merupakan bahan persembahan semasa upacara miring dilakukan. Semua bahan ini akan disiram dengan air tuak dalam kuantiti yang kecil. Terdapat seekor ayam pula akan disembelih oleh lemambang dan darahnya akan disapukan pada bahan persembahan sebagai tanda upacara piring telah dijalankan (Nazihah An, 2023). 

                    Rajah 16: Jenis turun piring
                                                                         Sumber: Panggau Online. (2020).

                    Rajah 17: Bahan-bahan persembahan semasa upacara miring
                                                                                             Sumber: Rakan Sarawak. (2021).


b) Faktor adat miring tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini
         Faktor adat miring tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini adalah disebabkan oleh faktor kedatangan agama seperti agama Kristian dan Islam. Ini dikatakan demikian kerana masyarakat Iban dahulu mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh itu, ini mendorong mereka untuk mengamalkan adat ini sebagai satu cara untuk menyembah Tuhan mereka. 
         Selain itu, faktor lain ialah kekurangan pakar ritual untuk membimbing pelaksanaan upacara ini. Menurut Bibiana Motey Bilon & Noria Tugang (2018), upacara ini hanya boleh dilakukan oleh pakar ritual yang mempunyai ilmu dan kepakaran tertentu seperti lemambang kerana upacara ini melibatkan kuasa ghaib dan kejayaan upacara miring adalah bergantung kepada peranan pakar ritual tersebut. 

        Walau bagaimanapun menurut responden Mak Manja, faktor adat ini tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Iban kini adalah disebabkan oleh faktor bahan yang disediakan adalah banyak dan mahal. Kebanyakan mereka tidak mampu mengeluarkan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Impaknya, ini menyebabkan masyarakat Iban tidak lagi mengamalkan adat ini dan memutuskan untuk bersembahyang di gereja.


c) Kesan adat miring tidak diamalkan oleh masyarakat Iban terhadap masyarakat kini

        Kesan adat miring tidak diamalkan oleh masyarakat Iban terhadap masyarakat kini ialah masyarakat kini telah menjalankan kepelbagaian cara untuk beribadat kepada Tuhan mengikut kepercayaan mereka masing-masing. Sebagai contoh, masyarakat Iban yang beragama Islam akan bersolat di masjid manakala mereka yang beragama Kristian akan bersembahyang di gereja. Hal ini penting untuk mendapat perlindungan dan kebahagiaan dari Tuhan.

          Namun, ini turut menyebabkan masyarakat kini kurang memahami tentang sejarah dan proses penyediaan piring dalam adat miring ini. Lama-kelamaan adat ini dilupakan oleh generasi yang akan datang. 


d) Cara untuk memelihara dan mempertahankan adat miring
            Walau bagaimanapun, masyarakat kini masih boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang adat ini melalui Internet, buku dan sumber lisan pada era modernisasi ini. 
           Lain daripada itu, mereka juga boleh menjalankan kajian lapangan dengan mengkaji bahan-bahan yang masih disimpan oleh masyarakat Iban ketika melakukan upacara miring ini. Dalam kajian tersebut, mereka pula boleh melibatkan masyarakat tempatan secara aktif dalam penyelidikan untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat. Namun begitu, amalan membuat banding silang terhadap maklumat yang diperoleh daripada masyarakat setempat adalah penting bagi meningkatkan kesahihan maklumat yang telah diperolehi. 

Comments

Popular Posts