Adat jadi mali

                           Video 7: Proses menjalankan dan mengamalkan adat jadi mali 
                                                                                     Sumber: Iban Solo Travel. (2023).

                          Rajah 18: Adat jadi mali
                                                                                       Sumber: Utusan Sarawak. (2020).

Rajah 19: Laman web cerita Borneo tentang adat jadi mali adalah diamalkan oleh pasangan cinta terlarang
                                                                                                 Sumber: Nur Afifah. (2022). 

a) Sejarah adat jadi mali

            Adat jadi mali ialah adat perkahwinan Iban bagi pasangan cinta terlarang. Menurut responden Mak Manja, mali bermaksud perkara yang buruk atau perkara yang tidak baik. Adat ini dilakukan apabila pasangan kekasih yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat erat ingin berkahwin seperti ibu atau bapa saudara ingin berkahwin dengan anak saudara. Namun, menurut Nur Afifah (2022), adat ini juga diamalkan kepada pasangan yang terpaksa berkahwin kerana gadis tersebut telah hamil. Mengikut kepercayaan nenek moyang masyarakat Iban, perkahwinan antara pasangan kekasih adalah dilarang kerana mereka menganggap ini akan membawa malapetaka atau “kundik” seperti tanah runtuh (Lucy Sebli Seidelson, 2021). Oleh itu, mereka perlu mengamalkan adat ini dengan mandi di sungai dengan darah khinzir bagi mengelak sebarang malapetaka menimpa mereka.


b) Faktor adat jadi mali tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini

         Menurut pandangan responden Pak Kanja, faktor adat jadi mali tidak diamalkan oleh masyarakat Iban kini ini adalah kerana adat ini merupakan sesuatu pantang larang dalam kalangan masyarakat Iban. Bukan itu sahaja, faktor lain juga ialah adat ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan Kristian yang diamalkan oleh masyarakat Iban kini. Sebagai contoh, ajaran Islam telah memberi pedoman mengenai perkahwinan dan menyarankan untuk mencari keberagaman dalam perkawinan seperti yang terkandung dalam ayat An-Nisa,


Ayat ini jelas menunjukkan larangan perkahwinan antara keluarga. Ini adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat secara keseluruhan dengan mengelakkan berlaku sebarang masalah genetik dan kesihatan pada bayi yang baru dilahirkan. 

c) Kesan adat jadi mali tidak diamalkan oleh masyarakat Iban terhadap masyarakat kini
           Kesan masyarakat Iban tidak mengamalkan adat jadi mali terhadap kehidupan masyarakat kini ialah kehidupan masyarakat kini menjadi lebih aman dan sejahtera dan bayi itu juga akan lahir dengan sihat dan tiada sebarang kecacatan. Hal ini dikatakan demikian kerana perkahwinan antara adik beradik atau saudara terdekat yang mempunyai gen yang sama mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi pembawa gen penyakit resesif (Intan Mas Ayu Shahimi, 2019). 
          Selain itu, kesan lain ialah masyarakat kini telah menyedari kepentingan pendidikan seks untuk seseorang supaya mereka tidak melakukan hubungan seks secara santai dengan ahli keluarga, saudara terdekat, malah dengan berbilang orang. Ini kerana ini boleh membawa kepada perkembangan penyakit seperti acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) atau human immunodeficiency virus (HIV) yang tidak boleh dibasmi sepenuhnya. 


d) Cara memelihara dan mempertahankan adat jadi mali
           Akhirnya, cara memelihara dan mempertahankan adat jadi mali sebagai salah satu warisan tradisi masyarakat Iban ialah masyarakat boleh bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau media massa untuk menyebarkan maklumat tentang adat ini kepada generasi muda melalui radio, televisyen, buku atau majalah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mereka terhadap adat tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga boleh menyebarkan maklumat tentang kepentingan menjaga tubuh badan diri. Ini adalah untuk menyedarkan mereka terutamanya wanita tentang kepentingan melindungi diri daripada melakukan hubungan seks secara sesuka hati untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini. 






Comments

Popular Posts