Kepercayaan
Pada zaman dahulu, masyarakat Iban adalah berpegang kepada kepercayaan animisme. Mereka percaya bahawa roh mendiami pelbagai objek semula jadi seperti sungai, hutan, gunung, dan objek seperti batu atau pokok tertentu. Bukan itu sahaja, mereka juga percaya semua objek ini mempunyai kuasa rohani dan boleh mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
b) Kepercayaan masyarakat Iban pada masa ini
Selepas kedatangan agama Kristian dan Islam ke kepulauan Borneo, majoriti masyarakat Iban memeluk agama Kristian dan sebahagian kecil masyarakat Iban memeluk agama Islam. Kesannya, ini menyebabkan mereka meninggalkan kepercayaan animisme dan adat seperti adat Ngayau kerana adat ini bertentangan dengan ajaran agama yang dianuti oleh mereka (Gregory Kiyai, 2023).
Comments
Post a Comment